Saturday, April 3, 2010

Bila Hujan Menyanyi


Alhamdullilah malam ni hujan turun mencurah-curah..dah sepurnama hujan tak kunjung tiba...atmosfera sejuk memang best untuk tido..tapi ak gagahkn diri untuk mendengar nyanyian hujan...haa..ap tu nyanyian hujan..kome(bhs perak untuk kamu) boleh try dengar..cara die cmni...

duduk diam2.tutup segala benda yang boleh menghasilkan bunyi..kipas..speaker..hp atau apa2 sahaja...lepas 2 duduk diam2..dengar bunyi hujan menghempas bumbung(kalau bumbung zinc lg best)..bunyi bile hujan kena daun kat pokok..bunyi bila kelebatan hujan berubah..mmg xsame dgn lagu Maher Zain tapi lagu die memang best dan unik...


15. An Nahl, ayat 65 :


65. Dan Allah menurunkan dari langit air ("hujan") dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). (QS. 16:65)





Wednesday, February 10, 2010

Kisah di SENTRAL

Assalamualaikum...

tentu terkejut rakan-rakan..bila post ini dipublishkan...dah lama tidak ber"goblog"..pagi ini tergerak hati untuk menulis sesuatu....

cuti sem kali ini hampir setiap mingu ak di KL SENTRAL...buat ap?sekadar persinggahan sebelum meneruskan perjalanan..tempat yang penuh sesak dengan manusia..menuju matlamat masing-masing...menaiki train dan komuter..KL SENTRAL bagaikan pasar kisah bagiku..pelbagai ragam manusia dapat dilihat..

berkenalan dengan manusia yang lewat umurnya..ad pengajaran yang dapat diambil dari pengalaman mereka..

melihat gelagat dua orang buta yang berjalan tidak melanggar sedikit pon bucu2 meja ...spt telah menghafal kedudukan kerusi meja disitu...mungkin dah biasa agaknya...

bertemu dengan lelaki berumur lewat 60an yang mahu ke Hatnyai,Thailand...menaiki kereta api berseorangan..hanya membawa pasport dan beg jinjit kecil..mahu berjalan-jalan melihat tempat orang katanya..

sempat berbicara dengan ustaz yang beristigfar panjang apabila melihat gelagat remaja lelaki perempuan disitu...tidak tahu batas-batas bukan muhrim...kalau ad kuasa mahu ditampar meraka..tapi apa boleh buat tiada kuasa...kalau ditampar sy ditangkap pula..katanya dgn nada kecewa...hanya boleh membenci dgn hati..dan itu adalah selemah-lemah iman....

cukuplah setakat ini secebis kisah dari KL SENTRAL..

-sang picisan-

Saturday, April 18, 2009

Kisah Malam Minggu:Bola Sepak Jalanan

Malam mingu bola sepak jalanan @street soccer F5 bermula seawal jam 2 pagi....salah satu aktiviti wajib malam mingu....semua yang berminat untuk bermain berkumpul di meja bulat menantikan sepak mula....kawasan carpark seluas 6petak kereta dijadikan gelanggang dan tong sampah dijadikan gol post...

bermulalah keseronokkan pelajar2 yang mahu berseronok mlm itu...aku kira mungkin ini salah satu cara effective untuk mereleasekan tension setelah seminggu menimba ilmu..hanya ini sahaja wadah yang terbaik untuk menghilangkan stress...

jersi??

jersinya..hanyalah boxer dan kasut2 koyak hanya untuk menutup kaki..dan selebihnya sesuatu yang di panggil ephithelial tissue...

dari yang bertaraf berkaki bangku ke taraf starr bermain bersama....diterangi cahaya neon yang sayup2..sungguh romantik..aku kira disinilah ukwah2 sesama kami dipupuk...

sungguh meriah atmosferanya ketika itu..ad yang bergosip,bertukar2 cerita mengenai pelajaran,game,buku dan tak kurang juga mengenai perempuan sementara menunggu giliran bermain...

ada rakan2 yg sibok memilih ahli2 team,tak kurang juga yang mencari kasut..satu per satu locker kasut dibuka....

format??

......."sape kalah keluo"..(kalah mati)..@format KING... digunakan iaitu team yang menang stay untuk bermain...pada masa ini hormon adrenalin digunakn optimum...disini jugalah pemain2 bola sepak maktab melatih skill2 mereka...

permainan berakhir sekiranya warden keluar menggempur kami...selagi tiada ambush.."the match still on"...

kesan permainan dapat dilihat pada pagi hari berikutnnya...tong sampah ditinggalkan bersendirian dan sampah berhamburan...kasut2 bergelimpangan tak bertuan...di meja bulat pasti ad barang yang ditinggalkan ...

...pelajar2 f5???

semua ketiduran akibat keletihan...

Tribute kepada semua rakan-rakanku form5 batch 07 MRSM LENGGONG

Friday, April 10, 2009

Kisah Roti

Hari jumaat..kelas habis awal sebab budak-budak lelaki bersiap pergi ke sembahyang jumaat...seperti biasa aku balik ke asrama menunggu waktu bas bertolak ke masjid..lalu aku melangkahke bilik rakanku...aku lihat rakanku sedang menjamah sesuatu...aku dipelawa makan..roti gardenia bersama serunding...semacam aku lihat rori tersebut..

bdak2 tak outing lagi mane dapar roti gardenia ni..kat koop saha takde roti ni...tak penah ak Nampak roti ni dalam locker die...(monolog dalaman)

ak: man mane ko dapat roti ni..lain macam dah ak tngok

Man: makan je t..tak mati pon dgn lain macam ko 2

Ak makan sehingga habis...sungguh lazat

Man: weh nak tau ak jumpe roti 2 tadi ??

ak: kat mane??

Man: tepi tong sampah..ak tngok elok lagi aku ambik la

Ak pergi dengan keadaan yang bingung dan tidak mengerti...

Wednesday, April 8, 2009

Guru Tua dan Pelajar Purba...

Di belakang maktabku ad dusun buah-buahan...jadi musim buah durian sangat ditungu2 oleh warga maktab...selepas solat subuh ak,botak,aiman dan ehsan bercadang ke dusun dibelakang untuk mengutip durian yang luruh pada mlmnya...berangkatlah kami mencari ap yang dihajati...sesampai disana dapatlah ap yang dihajati...dikumpulkan setempat raja buah itu..tanpa disedari pengetua datang dan mengrahkan kami beredar,bahaya katanya kerana ad kerja2 pembinaan disitu...kami akur..kami ke tempat raja buah dikumpulkan...aneh satu durian terbesar kami hilang???

Sekilas pandang Nampak durian itu di tempat duduk belakang basikal pengetua..hah sungguh tidak ku sangka...pengetua tiada disitu..kami ambil peluang ini untuk menukar durian tersebut...kami balik dengan bersahaja...kami sangka semuanya berakhir disitu....

Selepas sembahyang magrib pengetua berucap..mlm ini beliau bercerita tentang pelajar purba dan gurunya....ak mendengar di sudut surau...cerita bermula...pada suatu masa dahulu ad seorang guru tua dan pelajarnya..suatu pagi guru tua berjalan2 di dlm hutan..dia terjumpa anak muridnya.guru tua itu meminta pelajar2nya meninggalkan hutan itu kerana bahaya...tiba2 gurunya terpandang buah yang sangat2 diidamnnya..dia pon mengambil buah itu untuk dibawa pulang....alangkah sedihnya guru tua itu apabila buah yang dibawa balik itu buah yang busuk dan tidak boleh dimakan...guru tua itu tahu ini perbuatan anak murid beliau...guru tua itu sangat sedih dan berdukacita....

zuppppppppppp..seperti kilat memanah jantungku...ak dan rakan2ku berpandangan antara satu sama lain..malam itu kami keluar mencari durian dan semuanya ditinggalkan didepan rumah pengetua dengan sekeping nota yang tertulis “PELAJAR PURBA MOHON MAAF”..........

Saturday, January 17, 2009

Amukan Maharaja

Peristiwa ini berlaku ketika ak dan rakan2 di tingkatan4....satu malam yg hening.peghuni third floor seperti sedang berpesta walaupun jam digital menunjukkan angka 2 pagi.semua tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan hanyut dalam dunia sendiri.lagu2 r dipasang dengan kuat menggunakan speaker komputer,dicsman jibon,mp3 tekbong dan extension aiman.dan ketika lagu Tokyo Drift berkumandang muncul lembaga yang sangat kami kenali...tanpa disedari dan diduga mizi muncul meninggalkan isteri yang ditidurinya...dengan dahi yang berkerut sudah kami tahu isi hatinya.MARAH.. dan amukan maharaja bermula...............malang bagi usop charger hp nokia 3310nya dibaling dari tingkat tiga bagaikan sampah dan hilang dalam kegelapan malam.hp nya sempat diselamatkan.mizi menkarate dicsman jibon sehinnga dicsman itu tidak dapat ditutup penutupnya.mizi merampas extension dan speaker....amukan nya tidak terhenti disitu.aiman dengan buku sejarah ditangan terkejut dan ketakutan telah menyorokkan dirinya didalam locker dlm stor 304...malang baginya.mizi dapat menghidu posisi aiman dan mengetuk kepala ketua floor dgn benda yg ak xingat......selepas itu semua balik ke bilik dan mengutuk2 perbuatan mizi seperti mereka tidak bersalah....

Pemerhati

Kelas ku 5 beta.kelas paling cemerlang.penuh dengan pelbagai jenis pelajar yang mahu Berjaya dalam hidup.kelas paling ramai ahli bwp hahaha..penuh dengan proksi2..penuh dengan nostalgia......reza,aiman,daus,gem,amar,awe,botam,aiman,zulazazuan,usop,zess,syukor,marte,longi.pelajar perempuan aryzah qamalia,Sheila,bayani,iffa,hafizah om,farahain,husna,hafizah am,atul,farhana,rose ad lg tp ak lupe.....tak pernah sunyi kelas itu..aiman ketua kelas yang melantik dirinya sendiri hahahaah.....memerhati gelagat rakan2 ku...ad yang bersosial dengan lelaki dan perempuan..ad yang berdating..ad yang membuat hal2 sendiri...tak kurang jua yang study..ak sangat rindukan suasana itu...tapi kini pelajar2 5beta mengejar impian masing2....marte ad menyatakan satu tarikh untuk reunion kami...seingat ak pada 26/11/2017....genap 10tahun selepas kami SPM...apakah kesudahannya selepas 10tahun...???